Rakyat Malaysia terlebih makan garam setiap hari

Setiap rakyat Malaysia direkodkan terlebih mengambil garam setiap hari iaitu lebih 7 gram sehari. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menjelaskan, berdasarkan kajian, setiap individu sepatutnya mengambil lima gram atau satu sudu teh garam sahaja setiap hari.