Tutup

Rakyat Perak digesa patuhi larangan merokok

Rakyat Perak digesa supaya mematuhi peraturan larangan merokok di premis-premis makanan yang dilaksanakan mulai 1 Januari lalu. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata peraturan itu bukan sahaja untuk menjaga kesihatan mereka, tetapi juga sebagai menghormati pelanggan-pelanggan lain.