Rakyat tidak perlu sangsi harga dan kualiti produk KR1M - PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat agar mengenepikan rasa sangsi dengan harga dan kualiti produk keluaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara. Beliau yang meluangkan masa hampir setengah jam membuat tinjauan di KR1M Stesen LRT Kelana Jaya pada Jumaat berkata sememangnya adalah menjadi hasrat kerajaan untuk membuka KR1M agar ia dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan mereka .