Tutup

Rampasan dadah RM1.36 juta daripada pasangan suami isteri dan dua anak

Polis merampas dadah bernilai RM1.36 juta daripada sepasang suami isteri dan dua anak di Sungai Abong Muar, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata, pasangan suami isteri masing-masing berusia 44 dan 42 tahun serta dua anak lelaki berusia 16 dan 17 tahun itu di tahan di rumah mereka pada jam 12:30 tengah malam.