Tutup

Rampasan pil kuda bernilai 2.7 juta ringgit

Jabatan Kastam diRaja Malaysia (JKDM) Kelantan patahkan kegiatan sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda dengan rampasan sebanyak 270,000 biji yang dianggarkan bernilai 2.7 juta ringgit. Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Rakbi Mat Saud berkata rampasan itu dibuat oleh pasukan JKDM dari Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang pada pukul 12.30 tengah hari Rabu lalu, terhadap sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang ditinggalkan di Jalan Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.