Tutup

Rampasan rokok seludup bernilai RM300,000

Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 2,150 karton mengandungi 430,000 batang rokok putih bernilai hampir 300-ribu ringgit, yang diseludup dari Thailand, awal pagi semalam. Serbuan Ops Landai dilakukan di Kampung Chenerong, Tumpat pada jam 2.45 pagi, hasil risikan pegawai dan anggota PPM.