Randuk: Adat mengocah ikan masih digunakan

Budaya mengocah ikan yang sekian lama digunakan masih dipraktikan oleh penduduk di Negeri Sembilan masa kini. Episod kali ini Krew Randuk mencuba teknik menangkap ikan secara traditional dan sangat jarang dilakukan oleh masayarakat kini iaitu teknik mengoca. Kali ini Krew Randuk bertuah kerana dapat menyertai dan bersama 'otai-otai' orang lama dari Jelebu Negeri Sembilan. Mereka merupakan adik beradik yang masih lagi mengamalkan teknik ini. Ikuti kisah yang sangat menarik ini dengan pelbagai aksi dan gelagat Krew Randuk yang mencuba teknik mengoca ini buat pertama kali. Pelbagai tips dan teknik yang akan dikongsikan kepada anda. Jangan lupa saksikan Randuk di Astro Awani501 setiap hari Ahad jam 12.45 Tengah Hari