Randuk: Teknik Memburu Si Raja

Ikan Raja atau juga dikenali dengan panggilan Peacock Bass oleh para pemancing merupakan buruan pada episod kali ini. Krew Randuk membongkar rahsia dan mempelajari teknik penggunaan gewang jenis Soft Plastic (SP) bersama Hardworking Angler En.Mohd Fahmi yang merupakan pengasas kelas memancing Soft Plastic di Tasik Prima Puchong. Krew Randuk juga kali ini bersama saudara Amirul Irfan akan mencuba teori dan praktikal yang akan di dikongsikan bersama anda untuk memikat Ikan raja ini. Jangan lupa saksikan Randuk di Astro Awani 501 setiap hari Ahad jam 12.45 Tengah Hari