Rantau memilih ADUN baharu hari ini

Polis menempatkan lebih seribu anggota bagi memastikan perjalanan hari mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini berjalan lancar. Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka bermula dari 8 pagi hingga 5.30 petang bagi tujuan proses rantau memilih itu.