Rashid dikecam cadang beri bantuan pada ketua bahagian

Itu apa yang dikatakan oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam ucapan penangguhannya semalam. Saranan beliau itu telah mendapat pelbagai reaksi dikalangan ahli politik, rakan dalam Pakatan Harapan serta penganalisis. Antaranya, beliau didesak meletak jawatan dan supaya tidak lagi mengetuai Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihanraya (ERC).