Tutup

Rasuah RM2000: Setiausaha Koperasi DBKL didakwa

Setiausaha Koperasi Kredit Pekerja-Pekerja IMG Kejuruteraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad (DBKL) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, atas dua tuduhan meminta dan memperoleh suapan RM2 ribu berhubung melepaskan kesemua wang simpanan koperasi milik seorang pekerja DBKL, dua tahun lalu. M. Moorthi bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik saja tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.