'Ratu Naga' didakwa hina Perdana Menteri di Facebook

Seorang perunding pembinaan yang menggunakan gelaran ?Ratu Naga? di Facebook dihadapkan di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosialnya, pada Oktober tahun lalu. Syarul Ema Rena Abu Samah, 35 tahun, yang berada di luar kandang tertuduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani. Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memuat naik komen tersebut di laman Facebooknya pada 12.02 pagi, 6 Okt 2015.