Rawatan dialisis tidak lemahkan semangat terus belajar

Dalam usaha menyediakan akses pendidikan kepada semua, Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) melalui program Sinar Kasih bersedia menyediakan bantuan peralatan pelajaran kepada seorang pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang di Ipoh, Perak. M. Tharani, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buntong terpaksa menjalani dialisis sekali seminggu, yang sedikit sebanyak menganggu proses persekolahan beliau.