RCI Memali: Musa Hitam cadang selepas PRU14

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) peristiwa Memali pada tahun 1985 seharusnya dibuat selepas pilihan raya umum bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kepentingan politik. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menegaskan prosiding tersebut bukan untuk memenuhi agenda politik sempit jangka pendek sebaliknya mencari kebenaran hakiki.