RCI salah laku hakim: Tunggu keputusan mahkamah

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) salah laku hakim masih menunggu keputusan mahkamah selepas seorang individu memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia susulan penubuhan RCI berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bagi Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Liew Vui Keong berkata, pihaknya difahamkan ada individu yang memfailkan saman dikenali sebagai originating summon terhadap kerajaan malaysia.