Reaksi berbeza larangan 'Couple Seat' bukan muhrim

Larangan penggunaan 'Couple Seat' bagi bukan mahram di sebuah pawagam di Perak mendapat reaksi berbeza dari pengunjung. Bagi pasangan berkahwin mereka berpendapat pelaksanaan larangan itu mampu mengekang gejala sosial. Namun, segelintir golongan belia pula merasakan ianya tidak wajar dan umpama satu sekatan kepada hak kebebasan.