Tutup

Rebut agihan bekalan air, warga emas terima 50 jahitan

Gara-gara perselisihan faham, seorang warga emas cedera parah selepas dirempuh ketika pengagihan bekalan air bersih dari lori tangki air. Mangsa, Mahat Jantan, 62 tahun menerima sekurang-kurangnya 50 jahitan di kepala yang terkoyak 13 sentimeter, selepas terjatuh dan terhantuk di tembok rumah jiran di Taman Tanah Merah Jaya, Krubong Melaka.