REHDA: Kerajaan harus menerajui penggunaan sistem IBS

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) ingin kerajaan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sekurang-kurangnya 70 peratus projek sebelum memperkenalkan kepada pemaju. Presiden REHDA, Datuk Seri F.D. Iskandar, menegaskan penggunaan sistem IBS buat masa ini akan meningkatkan kos sebanyak 20 hingga 30 peratus.