Remaja 16 tahun tokan dadah

Dua tokan dadah termasuk remaja 16 tahun diberkas bersama dadah jenis Syabu seberat 10 kilogram bernilai setengah juta ringgit. Kedua dua suspek itu ditahan dalam Operasi Khas Jabatan Siasatan Narkotik IPK Kuala Lumpur di Bandar Mahkota Cheras pada Ahad.