Tutup

Remaja 17 tahun dicekup main judi ayam

Bunyi letupan mercun yang dilontar anggota polis mengejutkan segerombolan kaki judi yang sedang leka bertaruh judi sabung ayam di kebun kelapa sawit dekat Kuala Ketil, Kedah malam tadi. Dalam serbuan jam 7.45 malam itu kaki judi ini bertempiaran lari sebaik menyedari lokasi mereka diserbu. Malah ada diantara mereka yang bersembunyi di dalam semak mengelak daripada ditangkap. Bagaimanapun kelibat mereka berjaya dihidu polis.