Tutup

Remaja 19 tahun ambil tanggungjawab besarkan dua adik

Usianya baru 19 tahun, tetapi terpaksa mengambil alih tugas sebagai ibu dan bapa bagi menjaga dua adik selepas kematian kedua ibu bapa mereka. Lebih menyedihkan, tiga beradik yatim piatu itu yang tinggal di Kampung Mentara Lama, Gua Musang, Kelantan mendiami rumah yang daif, tiada bekalan elektrik serta menggunakan air parit dan sungai sebagai keperluan harian.