Remaja didakwa rogol rakan sebaya

Seorang remaja lelaki yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa di Mahkamah Majistret Kampar, Perak, pada Khamis atas tuduhan merogol rakan sebayanya, tahun lalu. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.