Remaja hampir maut dalam kebakaran di rumah

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun nyaris pitam dan mati terbakar apabila alami sesak nafas selepas rumahnya di Jalan Nyior Cabang, Kampung Nyior Cabang dekat Langkawi, terbakar. Menurut komander operasi zon 4, Timbalan Penguasa Bomba Johari Lazim, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.54 malam.