Remaja intai gadis sambil onani ditahan

Seorang remaja lelaki yang dirakam mengintai seorang gadis sambil beronani di belakang sebuah rumah di Pandan Indah, Sabtu lalu, ditahan polis. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata remaja yang juga jiran gadis berkenaan ditahan kira-kira 10.30 malam tadi.