Remaja lemas terjatuh dalam tasik

Seorang remaja ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam tasik di Bandar Puteri Klang, di Shah Alam petang Khamis. Ketua Balai Bomba Taman Sri Andalas, A. Romzi Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu mangsa Tan Wei Xiang, 12 tahun, yang datang ke tasik berkenaan bersama dua lagi rakannya dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam tasik berkenaan.