Tutup

Remaja maut terkena bom ikan buatan sendiri

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas terkena letupan bom ikan di perairan berhampiran Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji, berkata kejadian itu menyebabkan mangsa yang tiada pengenalan diri dan berasal dari Kampung Pondo Pulau Gaya mati di tempat kejadian dalam keadaan putus kedua-dua belah kaki dan tangannya.