Remaja menunggang motosikal ala superman dipenjara sehari

Seorang remaja lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM menunggang motosikal ala superman dipenjara sehari dan didenda enam ribu ringgit oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini. Hakim Stephanie Sherron Abbie, menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Riezal Kamarudin, 20 tahun selepas didapati bersalah membuat aksi merbahaya serta menunggang dengan melulu melepasi had kelajuan.