Siapa tahu remaja berusia 13 tahun yatim piatu kehilangan ibu bapa serta dibela keluarga angkat suatu ketika dahulu kini bergelar usahawan berjaya di kampung halamannya. Bukan itu sahaja, usahawan keropok sira yang mampu memperolehi jualan setengah juta ringgit sebulan ini juga berjaya mengambil anak tempatan bekerja dengannya.