Tutup

Rempuh tujuh kenderaan: Pemandu bas direman empat hari

Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Ampang, Kuala Lumpur, Khamis lepas ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata pemadu berusia 32 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Selasa depan.