Tutup

Resort Nora Anne dilaporkan hilang tiada permit

Resort The Dusun, Pantai Hill di Nilai, Negeri Sembilan, tempat remaja lembam Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad minggu lalu, tidak mempunyai sebarang permit pengoperasian yang sah buat masa ini. Bagaimanapun ujar Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong, berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Nilai (MPN), pusat penginapan itu antara lima daripada 18 resort di Pantai Hill yang sedang dalam proses permohonan.