Respon orang ramai berhubung isu masa depan buku

Pelbagai reaksi diterima mengenai masa depan industri buku tempatan. Era digital - menjadikan cabaran terhebat kepada penerbitan buku, ada yang kata ia zaman gelap kepada buku, tetapi ada yang berpendapat sebaliknya, buku akan kekal relevan. Ikuti tinjauan wartawan Astro AWANI, Afiq Ariffin, di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).