Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Respon pantas diberikan bagi bantu golongan susah di Kuala Terengganu

Pagi terima laporan, petang kami salurkan bantuan. Itu peranan yang dijalankan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung di Parlimen Kuala Terengganu bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Jelas Ahli Parlimennya, Ahmad Amzad Mohamed, kadar respons yang begitu cepat hasil kesepakatan kejiranan yang terjalin di Kuala Terengganu di mana ia turut melalui proses penyiasatan sebelum bantuan disalurkan.