Restoran Line Clear diarah tutup sementara

Restoran Nasi Kandar Line Clear di Pulau Pinang diarah tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati premis itu dicemari najis serta bangkai tikus di bahagian dapurnya. Arahan penutupan sementara itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sewaktu melakukan pemeriksaan di premis berkenaan, pada Isnin.