Tutup

Restoran makanan laut dikesan guna logo halal tidak sah

Sebuah restoran makanan laut terkemuka di Persiaran Gurney, Georgetown, Pulau Pinang dikesan menggunakan logo halal yang tidak sah. Penggunaan logo halal yang bukan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu dikesan dalam pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Jakim pada Selasa.