Ribuan orang ramai teruja nak jumpa, salam dengan Perdana Menteri

Selain mengeratkan hubungan silaturrahim, orang ramai yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa teruja untuk berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara itu. Rata-rata kalangan tetamu pelbagai bangsa dan agama itu sanggup beratur seawal jam 8 pagi untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir. Dianggarkan 50,000 hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya sebaik ia dibuka untuk kunjungan.