Ribut Pabuk: Rumah sekitar Pantai Kundor rosak

Bumbung empat buah rumah sekitar pesisir Pantai Kundor rosak akibat tempias ribut Cyclone Tropika Pabuk pada Khamis. Selain itu, beberapa rumah turut mengalami masalah berpasir akibat dimasuki air masin kesan ombak besar yang melanda bermula lewat petang Khamis hingga malam.