Rina Harun: Bukan tidak berkomunikasi, tetapi tumpu kepada projek

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun menghormati pandangan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin yang menyentuh mengenai kelemahan Menteri Kabinet Pakatan Harapan. Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus berkhidmat membantu rakyat yang memerlukan dengan turun padang dan melihat masalah akar umbi.