Video  |  Malaysia

RISDA melebarkan sayap perniagaan

Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) melalui syarikat milikannya, RISDA Estates melebarkan sayap perniagaan dengan mewujudkan sumber pendapatan baru. RISDA Estates membuka langkah dengan memulakan operasi kilang makanan haiwan ternakan dengan keupayaan lima metrik tan sehari di Durian Mas, Dungun sejak Mei lalu bagi menampung permintaan pekebun kecil. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kewujudan kilang itu berupaya meningkatkan industri makanan ternakan halal di malaysia sekaligus menawarkan harga yang kompetitif.