RM10 juta bagi naik taraf institusi kanak-kanak

Peruntukan RM10 juta diluluskan bagi menaik taraf 17 buah institusi kanak-kanak di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerja menaik taraf itu perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun bermula 2018 hingga 2020.