RM160 juta bina balai bomba baru

Sebanyak 28 buah lagi Balai Bomba dan Penyelamat akan dibina dan dinaiktaraf serta dibaik pulih dengan kos seratus 60 juta ringgit pada tahun ini. Kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid, dengan adanya penambahan balai, ia akan meningkatkan lagi keupayaan operasinya.