RM2 juta untuk kajian Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai

Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM2 juta bagi membolehkan kerajaan negeri Perak memulakan kajian pelaksanaan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai, PBC. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kajian itu penting bagi mengetahui kemudahan yang diperlukan apabila pangkor diangkat sebagai PBC mulai tahun depan.