RM3.3 juta dibelanja melalui kad kredit Najib dalam satu hari - Saksi

Dua kad kredit milik Datuk Seri Najib Tun Razak digunakan untuk membelanjakan RM3.3 juta dalam masa satu hari di butik barang kemas mewah di Itali pada 2014. Perkara itu didedahkan saksi ke-47 pendakwaan, iaitu Naib Presiden Kanan Ambank, Yeoh Eng Leong, pada hari ke-37 perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.