Tutup

RM5 juta diperuntukkan bantu mangsa ribut di Kedah - Exco

Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan RM5 juta bagi kesemua mangsa ribut di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Halimaton Saadiah Saad memaklumkan jumlah terbabit hanya melibatkan kerosakan pada peringkat awal bencana dan mungkin akan ditambah.