Rogol bawah umur: Rumah asuhan diarah tutup

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan rumah asuhan kanak-kanak yang menjadi lokasi kejadian rogol bawah umur di Batu Gajah, Perak ditutup. Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan, tindakan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu demi memastikan keselamatan mangsa termasuk lapan kanak-kanak lain yang turut diasuh di rumah tersebut.