Roh dan semangat kecemerlangan UMNO telah berhijrah ke BERSATU - Rahim Thamby Chik

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik keluar UMNO dan memohon Menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU. Kata Rahim selepas lebih 40 tahun berjuang tiada lagi sebarang kapasiti yang mampu menggerakkan UMNO untuk mempertahan bangsa melayu kerana kesilapan pemimpin sedia ada.