Tutup

Rompak barang kemas RM1 juta

Umpama filem Hollywood, itulah gambaran kejadian rompakan barang kemas bernilai lebih satu juta ringgit di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau, Ipoh pada Isnin pagi. Dua kenderaan pacuan empat roda yang membawa empat beg berisi barang kemas dilanggar dengan sebuah lori curi kira-kira jam 6.30 pagi, sebelum melarikan barang kemas itu dengan sebuah kenderaan lain.