Ronald Kiandee kekal Pengerusi PAC

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) walaupun beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata walaupun jawatan itu diperuntukkan untuk diisi oleh anggota pembangkang tetapi ia adalah perkara dasar oleh kerajaan dan "ia bukan sesuatu yang diinstitusikan atau sebahagian daripada perlembagaan."