Tutup

Royalti: Perlu selesaikan sempadan perairan negeri

Isu persempadanan perairan perlu diselesaikan segera sebelum kerajaan menentukan jumlah bayaran royalti kepada mana-mana kerajaan negeri. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata daripada 12 telaga minyak dan gas di kawasan perairan Pantai Timur, hanya dua telaga yang jelas berada di dalam lingkungan tiga batu nautika daripada pesisir pantai Kelantan.