Tutup

RTS: Lanjutan 6 bulan, teliti semula perjanjian - Anthony Loke

Kerajaan menetapkan lanjutan selama enam bulan bagi meneliti semula tiga perjanjian berkaitan projek Sistem Transit Rapid (RTS) di antara Johor dan Singapura. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga perjanjian iaitu perjanjian dua hala baharu, perjanjian usaha sama dan perjanjian konsesi membabitkan persetujuan kedua-dua negara perlu dimuktamadkan, sebelum 30 April tahun depan.