"Ruangan khas untuk perokok harus diwujudkan" - PRESMA

Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia (PRESMA) meminta kerajaan membenarkan premis makanan mewujudkan ruangan khas sementara buat perokok. Jelas Presidennya Ayoob Khan Muhamad Yakub tempoh pengecualian enam bulan bagi membolehkan pelanggan khususnya perokok membiasakan diri sebelum dilaksanakan sepenuhnya.